JIP IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Visi Jabatan Ilmu PENDIDIKAN

Menjadikan jabatan ilmu pendidikan ipg kampus Tengku Ampuan Afzan  sebagai pusat untuk menghasilkan para pendidik yang berketrampilan dan  berkompetensi tinggi dalam aspek sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran ikhtisas, amalan nilai-nilai murni serta profesionalisme keguruan yang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru.

Misi Jabatan Ilmu Pendidikan

  1. Meningkatkan tahap kepakaran guru pelatih dalam semua komponen ilmu pendidikan;
  2. Menjadikan jabatan ilmu pendidikan sebagai pusat rujukan guru pelatih dalam bidang ilmu pendidikan;
  3. Menyediakan perkhidmatan perundingan dan kepakaran dalam bidang ilmu pendidikan untuk guru pelatih.

Objektif Jabatan Ilmu Pendidikan

  1. Meningkatkan penguasaan dan penggunaan prinsip-prinsip kemahiran asas keguruan dalam menjalankan tugas sebagai guru;
  2. Meningkatkan kompetensi kemahiran interpersonal dan intrapersonal dalam menangani masalah murid yang berisiko;
  3. Menyebarkan ilmu dan falsafah keguruan melalui kursus dalam perkhidmatan, ceramah, bengkel, perbincangan dan sumbangan artikel;
  4. Menguasai kemahiran pengurusan sumber dalam sesebuah organisasi;
  5. Meningkatkan tahap penguasaan ilmu dan kemahiran untuk merancang dan melaksanakan pengajaran dengan berkesan dalam era perkembangan teknologi maklumat.

Forum Terbaru

No recent posts

Aktiviti Seterusnya

No upcoming events

Pengunjung Laman